Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban selepas sebuah bot kayu meletup di perairan Bayelsa, selatan Nigeria. Foto hiasan Envato

Letupan bot di selatan Nigeria ragut 20 nyawa

ByBernama

ABUJA, 9 Ogos: Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban selepas sebuah bot kayu meletup di perairan Bayelsa, selatan Nigeria, menurut polis pada Khamis.

Bot yang membawa 64 penumpang dan kru itu dilaporkan terbakar ketika berada di sepanjang perairan luar bandar Ezetu 1 pada Rabu, kata jurucakap polis di Bayelsa, Musa Mohammed.

Mohammed memaklumkan setakat ini 20 mayat ditemukan selepas operasi menyelamat dilancarkan pada Rabu, lapor Xinhua.

Bot yang turut membawa hasil pertanian dari komuniti luar bandar Ezetu 1, dilaporkan dalam perjalanan menuju ke pasar tempatan di Yenagoa, Bayelsa.

Siasatan berhubung punca kejadian telah dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan