Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian akibat demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163 pada Khamis. Foto hiasan AFP

Angka kematian demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163

ByBernama

ABUJA, 9 Ogos: Angka kematian akibat demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163 pada Khamis.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria memaklumkan bahawa wabak demam Lassa terus merebak di 34 negeri dan wilayahnya, lapor Agensi Anadolu.

Kerajaan Nigeria sebelum ini mengumumkan bahawa tiga jenis ubat dikenal pasti untuk merawat penyakit ini.

Pada 2023, sebanyak 1,227 kes demam Lassa dilaporkan dengan 219 kematian.

Demam Lassa kali pertama dikesan di Nigeria pada 1969 di negeri Borno, timur laut negara itu.

Pada 23 Januari 2019, kerajaan Nigeria mengisytiharkan darurat akibat wabak demam Lassa.

Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan kepada makanan atau barangan yang tercemar oleh air kencing dan najis tikus Mastomys, boleh menjangkiti individu lain dan boleh membawa maut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan