Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 4 Ogos -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Aug 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during a special address which was broadcast live on several local television stations including Radio Televisyen Malaysia (RTM) and Bernama TV today. Also present were Deputy Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Senior Education Minister Datuk Dr Mohd Radzi Jidin and Transport Minister Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. —fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

PM Muhyiddin pengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra

PUTRAJAYA, 4 Ogos — Selepas menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan politik negara, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Perdana Putra di sini.

Muhyiddin tiba di Perdana Putra kira-kira 12.10 tengah hari selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kira-kira 12.30 tengah hari, Muhyiddin bersiaran secara langsung untuk memaklumkan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Ketika menyampaikan perutusan itu yang turut dihadiri beberapa menteri Kabinet, Muhyiddin berkata Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19.

Menteri-menteri kelihatan mula memasuki bangunan Perdana Putra pada 11.30 pagi bagi menghadiri mesyuarat Kabinet itu.

Mesyuarat Kabinet hari ini berlangsung lebih sejam dan kenderaan yang membawa Muhyiddin meninggalkan perkarangan Perdana Putra pada kira-kira 2.15 petang diikuti kenderaan yang membawa menteri-menteri.

Usaha media untuk mendapatkan komen para menteri di luar perkarangan Perdana Putra tidak berhasil dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan ketika ditemui hanya menjawab ringkas, ‘tiada apa’.   

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan