Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Qarim Abdul Razak, 42, menukar pengakuan selepas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibacakan dalam Bahasa Myanmar di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani. Foto hiasan Envato

Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos: Seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini mengaku menyebabkan kematian rakan senegaranya tujuh tahun lepas, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.

Mohamad Qarim Abdul Razak, 42, menukar pengakuan selepas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibacakan dalam Bahasa Myanmar di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Pada 29 Julai lepas, dia mengaku menyebabkan kematian Abdul Khalid Abdul Hadir di Jalan Pak Madah, Bukit Payung, Marang pada 11.20 malam 18 Mac 2017 bersama tiga lagi rakannya yang telah dijatuhi hukuman.

Prosiding hari ini adalah bagi mendengar fakta kes dan rayuan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

Mahkamah menetapkan 7 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Hassan membenarkan permohonan peguam Mazlan Md Zain daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh menarik diri atas faktor kesihatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan