TOKYO, 4 Ogos — Pelari Amerika Syarikat, Sydney McLaughlin memecahkan rekod dunia acara 400 meter lari berpagar wanita sekali gus merangkul pingat emas di kejohanan Olimpik Tokyo pada Rabu.
McLaughlin menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 51.46 saat, 0.44 saat lebih pantas berbanding rekod lama miliknya yang dicatatnya pada 27 Jun, lapor Agensi Berita Xinhua.
Rakan senegaranya, Dalilah Muhammad memperoleh pingat perak dan memperbaiki catatan peribadinya, 51.58 saat.
Sementara itu, Femke Bol dari Belanda meraih gangsa dengan catatan masa 52.03 saat.
— BERNAMA