Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lima buah kedai terbakar di Kampung Tersusun, Gopeng

keadaan kedai yang musnah akibat kebakaran

IPOH, 4 Ogos — Lima buah kedai di Kampung Tersusun, Gopeng musnah dalam satu kebakaran berlaku awal pagi tadi. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat laporan kebakaran pada 7.36 pagi. 

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan lima buah kedai medan selera di bawah seliaan Majlis Daerah Batu Gajah. Anggota terlibat menggunakan dua aliran 200 kaki empat pancutan bersumberkan air daripada pili bomba hingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi tamat kira-kira 10.30 pagi dan tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, dalam insiden berasingan, tiga buah rumah kedai dua tingkat terbakat di Kampung Kuala Slim, Slim River dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati 80 peratus tiga buah rumah kedai dua tingkat tersebut terbakar namun tiada mangsa terlibat. BBP Slim River mendapat bantuan daripada BBP Bidor, BBP Tanjung Malim dan ‘water tanker’ daripada BBP Tapah bagi usaha pemadaman api yang masih dilakukan ketika ini,” katanya. 

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan