Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat pengeluar kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan secara sukarela memanggil semula kira-kira 172,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan. Foto AFP

4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik lebih 172,000 kenderaan

ByBernama

SEOUL, 8 Ogos: Empat pengeluar kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan secara sukarela memanggil semula kira-kira 172,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan, lapor Xinhua.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan pada Khamis berkata BMW Korea akan memanggil semula 113,197 unit bagi 98 model berbeza, termasuk BMW 320d kerana modul inflator beg udara yang rosak.

Kesilapan pendawaian pada tempat duduk barisan kedua menyebabkan 43,926 unit dua model termasuk Hyundai Santa Fe dipanggil balik.

Kia Corp akan membaiki ketahanan unit kawalan elektronik hidraulik (HECU) yang lemah dalam 15,763 unit model Soul.

Sementara itu, KGM Commercial akan mengambil tindakan pembetulan ke atas 52 unit model bas elektrik Smart 110E kerana sistem stereng yang rosak.

Pemilik kenderaan boleh mengunjungi pusat pembaikan dan servis untuk menggantikan bahagian yang rosak secara percuma. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan