Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Konvensyen Sijil Kemahiran Malaysia Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di World Trade Centre (WTC) hari ini. Foto Bernama

Tingkatkan kemahiran kerja untuk kembalikan status Harimau Asia – Fadillah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Kemahiran tenaga kerja perlu ditingkatkan untuk meningkatkan daya saing negara dan mengembalikan status Malaysia sebagai Harimau Asia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir, golongan pekerja perlu mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah serta berinovasi dalam melaksanakan tugasan.

Katanya selaras dengan usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja, tumpuan juga perlu diberikan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Kita perlu memikirkan cara untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja kita serta mencari kaedah baru yang boleh memperincikan tugas yang dilaksanakan. Dalam setiap pekerjaan, kita harus memikirkan cara-cara baru untuk menyelesaikan masalah secara lebih berkesan.

“Kita perlu meningkatkan mutu kerja dengan pekerja yang mahir, berilmu, kreatif, dan inovatif untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah, cabaran serta sistem kerja,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 380 kakitangan IWK menerima sijil antaranya Sijil Penganugerahan Pengiktirafan Khas SKM Tahap 3, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Penganugerahan SKM Tahap 2.

Sementara itu, Pengerusi IWK Ahmad Johnie Zawawi ketika berucap pada majlis sama berkata program Persijilan Kemahiran Malaysia yang diperkenalkan kepada kakitangan operasi IWK sejak 2019 itu membuktikan komitmen IWK dalam mengoptimumkan dan menghasilkan lebih ramai kakitangan yang berkemahiran.

“Ia selaras dengan hasrat dan sasaran kerajaan untuk mentransformasikan bidang pendidikan dan latihan teknikal ke alaf baru sesuai dengan cabaran yang memerlukan kemahiran dan kompetensi tinggi demi mempertingkatkan tahap kecekapan perkhidmatan sesebuah organisasi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan