TOKYO, 4 Ogos — Sakura Yosozumi menghadiahkan emas ketiga buat tuan rumah Jepun dalam acara papan selaju (skateboard) wanita katergori park di Olimpik Tokyo pada Rabu.
Atlet berusia 19 tahun itu melakukan aksi mengagumkan di pentas final dengan memperoleh 60.09 mata, meninggalkan pencabar lain ketinggalan jauh di belakang, lapor Agensi Berita Xinhua.
Sementara itu Kokona Hiraki, 12, meraih perak dengan 59.04 mata dan Sky Brown, atlet berusia 13 tahun dari Britain, memperoleh 56.47 mata sekali gus melayakkannya mendapat gangsa.
— BERNAMA