Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 29 ekor ular sawa ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20 malam tadi.Foto, JBPM Selangor.

29 ekor ular sawa ditangkap dalam longkang berhampiran restoran

ByBernama

SHAH ALAM, 8 Ogos: Sebanyak 29 ekor ular sawa ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20 dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.56 malam.

Beliau berkata susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati 28 anak ular sawa yang dipercayai baru menetas serta seekor induk berada dalam saliran longkang berkenaan.

“Bomba kemudiannya menangkap semua ular sawa itu menggunakan penjerut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata operasi menangkap ular itu mengambil masa 12 minit sebelum semua tangkapan dilepaskan di tempat yang selamat. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan