Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Datuk Abdullah Saidol dan Datuk Dzulkarnaen Ahmad pada Majlis Pelancaran Liga Pickleball DAL HCM Kuching di Kuching, hari ini. Foto Saibi Gi (TVS)

Hasidah puji inisiatif popularkan sukan pickleball

KUCHING, 6 Ogos: Inisiatif membina gelanggang sukan pickleball oleh Kelab Pickleball MUSCS mendapat pujian Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Samariang berkata inisiatif diketuai Presiden MUSCS Datuk Dzulkarnaen Ahmad telah menyediakan satu lagi kemudahan sukan untuk orang ramai.

Pembinaan gelanggang yang terletak dalam kawasan DUN Samariang itu juga sejajar dengan perkembangan sukan yang kian digemari warga Sarawak dari pelbagai peringkat umur.

“Saya rasa bangga dengan usaha Datuk Dzulkarnaen dan Kelab Pickleball MUSCS yang telah menyediakan kemudahan sukan seperti gelanggang pickleball ini,” katanya ketika berucap merasmikan Liga Pickleball DAL HCM Kuching di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Hasidah bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol mencabut undi jadual pertandingan liga berkenaan.

Dalam pada itu, Dzulkarnaen berkata liga berkenaan disertai 11 pasukan yang akan berentap merebut hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Juara akan menerima hadiah wang tunai RM7,000, naib juara (RM5,000) manakala tempat ketiga (RM4,000). Para pemenang juga akan menerima
piala, pingat dan peralatan sukan pickleball.

Tempat keempat dan kelima, masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan RM1,500. Pemenang juga akan menerima pingat dan peralatan sukan.

“Liga akan berlangsung selama sebulan bermula 25 Ogos dan pasukan-pasukan akan bertanding menggunakan ‘round-robin’ yang menyaksikan semua pasukan akan bertembung,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan