Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan pesilat Limbang Fighter (RSSWL) merangkul pingat emas,perak dan gangsa dalam Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024. Foto: Zainor.

Limbang Fighter (RSSWL) cemerlang dalam Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024

LIMBANG,6 Ogos: Pasukan pesilat Limbang Fighter (RSSWL) merangkul pingat emas,perak dan gangsa dalam Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024 yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 hingga 4 Ogos lepas.

Ketua Jurulatih Pusat Pembangunan Sukan Silat Limbang, Zainor Rahman Johari berkata, emas diraih oleh Iry Aaron Damien yang turut dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik Pra Remaja dan Aliff Ikhwan Mohammad Noor.

Beliau berkata, perak disumbangkan oleh Ahzam Syaihan Abdullah dan Annur Zuyyin Rostanti manakala gangsa diraih Airul Imaduddin, Nazrill Sufian dan pesilat wanita Iqaira Manissa.

“Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024 indikator terbaik kepada Pasukan pesilat Limbang Fighter RSSWL dalam sukan silat di kepulauan Borneo.

“Limbang Fighter RSSWL, berjaya membawa pulang emas, perak dan gangsa sekali gus mengharumkan nama Limbang dan Sarawak dalam kejohanan berprestij yang disertai seramai 700 pesilat di Borneo,” katanya mengulas kemenangan itu kepada media hari ini.

Katanya, meskipun tampil sebagai pasukan bukan pilihan, ia merupakan langkah kanan dalam kejohanan yang disertai kali pertama sekali gus membawa pulang pingat kemenangan.

Jelas Zainor lagi, program latihan adalah di bawah Pusat Pembangunan Sukan Silat, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan pasukan ini ditubuhkan hasil dari gabungan dua perguruan iaitu Perguruan Silat Pasak Pupohan yang terdiri daripada lapan pesilat dan Persatuan Seni Silat Tiga Serangkai yang terdiri dua pesilat.

Perguruan ini katanya, bernaung di bawah Rumpun Silat Sarawak dan mempunyai 50 pesilat sejak ditubuhkan untuk latihan silat olahraga pada bulan Disember 2022.

Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024 anjuran Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Wilayah Persekutuan Labuan diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan itu melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan pada Jumaat hingga Ahad lepas. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan