Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini. Foto fail Bernama

Amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terbabit termasuk keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa dearah di Kedah iaitu Kuala Muda, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Rompin), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) serta Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan