KUCHING, 3 Ogos : Jambatan Sg. Bintangor di Jalan Datuk Ajibah Abol bakal ditutup sepenuhnya bermula dari 4 Ogos 2021 hingga 27 Mac 2023. Ia dilaksanakan bagi tujuan kerja-kerja meroboh jambatan lama dan membina jambatan baru di lokasi yang sama.
Peta laluan alternatif (Lampiran A) disertakan bagi memudahkan rujukan pengguna jalan merancang laluan-laluan alternatif bersesuaian melibatkan kedua-dua arah, bagi mengelak tapak pembinaan jambatan tersebut sehingga tamat kerja-kerja pembinaan nanti.
Sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat, akan dimaklumkan oleh JKR Pejabat Wilayah Selatan.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik ini, sila berhubung dengan JKR Pejabat Wilayah Selatan (082-203096).