Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk SSri Fadillah Yusof di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2024 di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Semarakkan semangat patriotisme sempena bulan kebangsaan

KUCHING, 3 Ogos: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa rakyat Sarawak mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri dengan perasaan bangga serta penuh semangat patriotik sepanjang bulan kebangsaan ini.

Menurutnya, bulan kebangsaan merupakan wadah bagi menzahirkan semangat patriotik dalam kalangan warga negara Malaysia.

“Kalau kita pergi ke luar negara khususnya di Amerika Syarikat yang mempunyai rakyat pelbagai latar belakang, mereka tidak hanya menunggu Hari Kebangsaan untuk memasang bendera di rumah tetapi bendera sentiasa ada di setiap rumah,” katanya.

“Ini sepatutnya semangat yang ada pada kita di Malaysia. Kita kena wujudkan semangat cintanya pada negara ini, dengan  mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2024 di Kuching hari ini.

Fadillah turut menyeru masyarakat Madani menguar-uarkan dan menyemarakkan semangat kibarkan Jalur Gemilang di kampung dan taman perumahan masing-masing.

Pada majlis yang sama, Fadillah turut menyertai Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang yang melibatkan 124 peserta dan 94 kenderaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan