Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekas jurulatih olahraga negara meninggal dunia

ByBernama

PETALING JAYA, 2 Ogos: Bekas jurulatih olahraga negara, Leo Leslie Armstrong meninggal dunia pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Petaling Jaya pagi semalam.

Anak perempuannya Sharon Armstrong ketika dihubungi Bernama berkata, Armstrong meninggal dunia akibat penyakit kanser.

“Kami mengetahui mengenai penyakit kanser ayah saya tahun ini, kematian ayah saya memang agak mengejut,” katanya.

Sharon berkata upacara penghormatan terakhir akan diadakan selama tiga hari bermula esok di St Ignatius Chuch (Funeral Parlour 1) dan mendiang akan disemadikan di Krematorium MBPJ pada Selasa.

Selain menjadi jurulatih skuad pecut kebangsaan, Armstrong juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mumtaz Jaafar yang merupakan seorang daripada atlet di bawah Armstrong berkata pemergian jurulatihnya itu merupakan kehilangan besar buat arena sukan tanah air.

“Dia salah seorang jurulatih dalam kontinjen pecut negara pada masa itu, beliau sangat lemah lembut dan fokus, dia tahu apa yang dia buat dan berpengalaman sangat bagus dalam kejurulatihan.

“Sangat rendah diri dan mudah difahami segala ilmu yang diberikan ketika mengendali skuad negara,” katanya.

Sementara itu, bekas juara 400 meter (m) lelaki kebangsaan K. Jayabalan menyifatkan mendiang sebagai individu yang baik dan amat dikenali dalam kalangan atlet negara ketika itu.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan