Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tahap kecederaan Djokovic akan dipantau pegawai perubatan. Foto AFP

Status Djokovic cetus tanda tanya

ByAFP

PARIS, 2 Ogos: Status Novak Djokovic sama ada akan meneruskan kempen Sukan Olimpik Paris di separuh akhir atau tidak bergantung kepada tahap kecederaannya yang akan dipantau pegawai perubatan.

Djokovic terpaksa membayar harga cukup mahal di suku akhir apabila dipaksa bertungkus lumus menewaskan Stefanos Tsitsipas 6-3, 7-6 (7/3).

Begitupun selepas perlawanan itu, pemain berusia 37 tahun itu terpaksa mendapatkan rawatan di gelanggang dan ubat tahan sakit selepas tergelincir di Court Philippe Chatrier itu.

Kecederaan dialami Djokovic adalah kecederaan berulang selepas melakukan pembedahan lutut kanan pada Jun lalu.

“Saya bimbang mengenai kecederaan lutut ini. Saya perlu melakukan pemeriksaan bersama pasukan perubatan dan kita akan lihat,” kata Djokovic.

“Saya akan bermain pada jam 7:00 malam esok, yang memberikan saya sedikit masa. Tapi saya harap dapat bersedia dan menjadi optimis. Saya mesti melakukannya,” katanya.

Djokovic dijadual berdepan atlet Itali, Lorenzo Musetti pada kelompok empat terakhir esok.

Juara 24 kali Grand Slam itu masih mencari emas Olimpik pertama dengan dia hanya menang gangsa di Beijing pada 2008.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan