Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki maut dibelasah angkara hutang

Gambar ihsan ChinaPress

KAJANG , 3 Ogos 2021 : Dipercayai angkara berhutang, seorang lelaki maut selepas dibelasah oleh lima individu dalam kejadian di Batu 9, Cheras di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat kes pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di tepi Jalan Persiaran Puteri 1, Taman Taragon Puteri kira – kira pukul 6.45 petang.

“ Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“ Hasil siasatan awal, polis mendapati suspek bersenjatakan pisau dan batu bata berdasarkan kesan kecederaan fizikal pada mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis kemudian menjalankan operasi khas memburu kesemua suspek terlibat.

“Sehingga pukul 3.30 pagi , kelima- lima suspek yang merupakan lelaki rakyat tempatan berusia dalam lingkungan umur antara 39 hingga 48 tahun berjaya ditahan,” katanya.

Ujarnya, kesemua suspek telah dibenarkan reman oleh Majistret Mahkamah Kajang selama enam hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan