BEIJING, 3 Ogos — Kedutaan China di Thailand pada Ahad menyumbang dua buah kenderaan ujian asid nukleik (NAT) kepada Kementerian Kesihatan negara itu untuk membantu usaha mememerangi pandemik COVID-19.
Menurut wakil Kementerian Kesihatan Thailand, sumbangan itu mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Setakat ini, kerajaan China telah menyumbang sejumlah 1.4 juta pelitup muka untuk kegunaan perubatan, 170,000 kit ujian, 80,000 pelitup muka N95 serta 72,000 kelengkapan perlindungan diri kepada Thailand.
Selain itu, China juga telah menyumbang 19.5 juta dos vaksin COVID-19, sejak Januari lalu.
— BERNAMA