Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Persekutuan akan meningkatkan usaha memperkenalkan teknologi hidrogen di Semenanjung Malaysia. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Kerajaan pusat ikut langkah Sarawak, bakal perkenal teknologi hidrogen di Semenanjung Malaysia

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kerajaan terus mempertingkatkan usaha untuk memperkenalkan teknologi hidrogen di Malaysia, kata Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi (PETRA) itu berkata, usaha itu sedang dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Jelas beliau Kerajaan Persekutuan juga mengambil maklum inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menjadikan wilayah itu sebagai hab hidrogen komersial menjelang 2027.

“Kita memang ada perancangan mengenainya (memperkenalkan teknologi hidrogen di Semenanjung Malaysia) dan ia terletak di bawah bidang kuasa MOSTI.

“MOSTI bertanggungjawab mengemudi cadangan untuk membuka teknologi dan sistem hidrogen di Semenanjung Malaysia,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Pay Hen yang ingin tahu perancangan kementerian untuk bergerak ke arah ekonomi hidrogen di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan turut memperkenalkan insentif bagi pemasangan sistem solar PV untuk dua kategori pengguna dalam menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) sebagai sumber penjanaan bekalan elektrik di Malaysia.

Ujar Akmal Nasrullah, kategori pengguna komersial dan industri layak menikmati insentif pelepasan cukai di bawah skim Green Investment Tax Allowance (GITA) dan insentif sebanyak sehingga RM4,000 seorang bagi kategori domestik.

“Program Solar For Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) akan membolehkan pengguna yang menyertai program NEM Rakyat mulai 1 April 2024 juga layak mendapat insentif rebat sebanyak RM1,000/kWj sehingga RM4,000 seorang,” katanya.

Pelaksanaan strategi dan program pembangunan TBB ini dijangka akan meningkatkan campuran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara kepada 40 peratus menjelang 2035 dan 70 peratus menjelang 2050. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan