TOKYO, 3 Ogos — Juara dunia Malaika Mihambo dari Jerman menjuarai acara lompat jauh wanita di temasya Olimpik Tokyo pada Selasa.
Mihambo mencatat lompatan sejauh 7.00 meter untuk membolehkannya meraih pingat emas , lapor Agensi Berita Xinhua.
Sementara itu, atlet Amerika Syarikat Brittney Reese merangkul perak manakala Ese Brume dari Nigeria sekadar berpuas hati dengan gangsa.
— BERNAMA