Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kadar vaksinasi Malaysia pada Julai meningkat 136 peratus – KJ

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan (PICK) pada bulan lepas berjaya memberikan sebanyak 12,449, 975 juta suntikan kepada penerima.

Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin berkata, purata suntikan harian vaksin sepanjang Julai mencecah 398, 843 iaitu peningkatan sebanyak 136 peratus berbanding bulan sebelumnya.


Ujar beliau, kadar vaksinasi harian tertinggi negara ialah sebanyak 556 404 suntikan yang dicatatkan pada 29 Julai lepas.
“Kerajaan akan meneruskan usaha pemvaksinan keseluruhan di Lembah Klang dengan tumpuan kepada mereka yang tercicir. Bermula pukul 2 petang hari ini sehingga 22 Ogos depan, warganegara Malaysia berumur 40 tahun ke atas dan individu komorbid yang tidak mempunyai janji temu boleh pergi ke sembilan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan masing – masing,” katanya pada sidang akhbar mingguan PICK hari ini.


Sementara itu, di sebalik situasi kes jangkitan baharu yang masih tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, peratusan penduduk dewasa di Lembah Klang yang telah menerima sekurang –kurangnya satu dos vaksin kini mencapai 96.7 peratus manakala sebanyak 37.5 peratus telah lengkap divaksinasi.


“Kita telah melancarkan Operasi Lonjakan Kapasiti bermula pada pada 26 Julai dan tamat semalam dan telah melaksanakan sebanyak tambahan 1,655 217 juta janji temu,” katanya.


Memahami kebimbangan rakyat terhadap tercetusnya kluster baharu di PPV, Khairy memberitahu, pihaknya telah membuat keputusan untuk mengasingkan PPV untuk warganegara dan bukan warganegara bagi memudahkan kawalan dengan mengambil kira situasi pada minggu lepas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan