Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat penerbangan digesa membuka laluan penerbangan baharu antara bandar-bandar utama di Sarawak dengan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur. Foto fail AFP

Syarikat penerbangan digesa buka laluan baharu antara Sarawak dan Nusantara

KUCHING, 27 Julai: Syarikat penerbangan digesa membuka laluan penerbangan baharu antara bandar-bandar utama di Sarawak dengan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Sarawak Raden Sigit Witjaksono berkata laluan penerbangan baharu itu dilihat mampu membuka peluang besar dari segi ekonomi antara Sarawak dan Indonesia.

Beliau berkata pada masa ini, laluan dari Sarawak ke Nusantara hanya menerusi jalan darat yang mengambil masa agak lama.

“Sebelum ini, ada penerbangan terus Kuching-Pontianak tetapi sekarang dihentikan sementara, kita harapkan boleh ada penerbangan terus Kuching ke Balikpapan (lapangan terbang terdekat dengan Nusantara).

“Kita terima banyak permintaan malah ada yang dari bandar Miri meminta penerbangan ke Balikpapan. Ini mampu meningkatkan akses dan kesalinghubungan antara Sarawak dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Kemerdekaan Indonesia di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan