Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyimpanan dan perdagangan karbon di Sarawak dilaksanakan selepas kajian menyeluruh dilakukan oleh pakar, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.Foto hiasan, Envato.

Sarawak laksana perdagangan karbon ikut protokol antarabangsa, kajian pakar – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

LUNDU, 26 Julai: Penyimpanan dan perdagangan karbon hanya dilaksanakan selepas kajian menyeluruh oleh pakar, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, penglibatan wilayah ini dalam sektor ekonomi hijau itu juga selaras dengan protokol antarabangsa.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak mematuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan isu berkaitan perubahan iklim.

“Penyimpanan karbon dan perdagangan karbon ini merupakan perkara baharu sebab itulah kita (Sarawak) hendak membantu (mengatasi perubahan) iklim.

“Bagaimana anda boleh menentang dilema global,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta dan Regatta Batang Kayan Lundu 2024, di sini, hari ini.

Abang Johari mengulas kenyataan badan pemantau alam sekitar, Rimba Watch yang bimbang hutan seluas 85,000 hektar di Sabah dan Sarawak berpotensi untuk dijual selepas diiklankan di portal hartanah.

CENTEXS Lundu jadi pusat latihan teori kursus aeroangkasa di Sarawak – Abang Johari

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata walaupun badan pemantau berkenaan mendakwa mereka sebagai pakar, Kerajaan Sarawak juga merujuk kepada pakarnya sendiri sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita pun buat kajian menyeluruh mengikut protokol antarabangsa.

“Ini tuntutan dunia (dan) sebab itu kita laksanakan (perdagangan karbon). Kalau itu salah, ini salah, apa lagi,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan