Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Pesta dan Regatta Batang Kayan Lundu 2024 di sini hari ini.Foto, Nathan (TVS).

CENTEXS Lundu jadi pusat latihan teori kursus aeroangkasa di Sarawak – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

LUNDU, 26 Julai: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu dipilih sebagai pusat latihan teori bagi program pengajian aeroangkasa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, fakulti pengajian itu pula akan dimulakan secara sementara di Kolej Universiti iCATS.

Jelas beliau, pengajian itu merupakan bidang baharu di Sarawak yang berkait dengan teknologi tinggi.

“Kita (Sarawak) sudah ada rekaan cip (dan) mengeluarkannya (termasuk) cip baharu Avionics yang ada hubung kait dengan sektor penerbangan.

“Jadi ini merupakan ekosistem yang kita (ingin) bangunkan dan CENTEXS LUNDU dikenal pasti sebagai pusat latihan teori,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta dan Regatta Batang Kayan Lundu 2024, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dan ADUN Opar, Billy Sujang.

Mengenai bila pusat latihan itu akan beroperasi di CENTEXS Lundu, Abang Johari memaklumkan ketika ini beberapa perkara sedang diperhalusi termasuk aspek logistik.

“Pengambilan pertama belum lagi kerana kita (sedang) memindahkan satu syarikat pengeluaran bahan aircraft dari Selangor ke sini.

“Apa yang kita (hendak) buat adalah komponen kapal terbang dan (termasuk) avionic dan sayap,” katanya.

Sebelum ini Abang Johari memaklumkan Kerajaan Sarawak mahu menawarkan kursus aeroangkasa di Kolej Universiti i-CATS dengan kerjasama syarikat yang berpangkalan di United Kingdom (UK). -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan