Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak telah mencatatkan penanaman sebanyak 1,004,304 pokok bakau dan spesies bersesuaian di pesisir pantai dengan keluasan kira-kira 581 hektar. Foto hiasan Envato

Sarawak tanam lebih sejuta pokok bakau di pesisir pantai

KUCHING, 26 Julai: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan komited dalam pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya laut dengan melaksanakan program penanaman pokok bakau serta spesies bersesuaian di kawasan pesisir Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata program tersebut diyakini dapat memperbaiki ekosistem hutan yang sekali gus menyumbang terhadap kelestarian flora, fauna dan peningkatan kualiti hidup.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto TVS

Menurutnya, Sarawak telah mencatatkan penanaman sebanyak 1,004,304 pokok bakau dan spesies bersesuaian di pesisir pantai dengan keluasan kira-kira 581 hektar.

“Program ini dilaksanakan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. Program penanaman pokok bakau adalah selari dengan program penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok dan Greening Sarawak Campaign 8 di peringkat Sarawak sehingga penghujung 2025.

“Program penanaman pokok termasuk di kawasan pesisiran perlu diteruskan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan semua lapisan masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan hutan termasuk hutan paya laut untuk kepentingan sejagat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di sini, hari ini.

Awang Tengah berkata lagi, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Program Penanaman Pokok Bakau di pesisir pantai mulai tahun 2005.

Ini katanya dilaksanakan selepas tragedi Tsunami yang melanda negara akibat daripada ‘Indian Ocean Earthquake’ pada 26 Disember 2004.

Usaha penanaman telah dilaksanakan bukan sahaja di kawasan yang terjejas akibat Tsunami, malah diperluas di kawasan pesisir pantai di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan