Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah. Foto Bernama

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Anggota polis akan didakwa hari ini

ByBernama

HULU SELANGOR, 26 Julai: Seorang anggota polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

Lelaki itu yang bertugas di Perak akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Setakat pukul 7 pagi, pengamal media mula berkumpul di luar mahkamah untuk membuat liputan kes itu.

Nur Farah Kartini, 25, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

Sebelum ini, tempoh reman terhadap lelaki berumur 26 tahun itu dilanjutkan selama tujuh hari hingga 29 Julai selepas tahanan reman pertama tamat, namun hari ini pendakwaan mendapat izin untuk pertuduhan dikemukakan terhadapnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan