KUCHING, 25 Julai: Sebanyak 14 kumpulan bakal berentap pada Festival Nasyid Kejiranan Mesra (KJM) Boyan Gersik Sourabaya (BGS) bermula esok, 26 hingga 27 Julai 2024.
Festival berkenaan diadakan di Tebingan Sungai BGS, Kpg Sourabaya Ulu, di sini bermula 8.30 malam.
Sembilan kumpulan bakal bertanding pada malam pertama manakala lima lagi kumpulan pada Sabtu.
Orang ramai terutama warga BGS dijemput untuk memeriahkan festival berkenaan untuk menyaksikan juara yang akan membawa pulang piala Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) merangkap ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi