Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Samuel Simon mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bagi Promosi, Media, Publisiti, Seranta, Siaraya, Percetakan dan Kewartawanan SUKMA Sarawak. Foto UKAS

Pusat Media dan Penyiaran SUKMA Sarawak 2024 mula beroperasi 9 Ogos

KUCHING, 25 Julai: Pusat Media dan Pusat Penyiaran Utama bagi Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024 akan beroperasi bermula pada 9 hingga 24 Ogos depan di semua lokasi yang telah ditetapkan.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan lokasi berkenaan meliputi Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.

Pengarah UKAS, Samuel Simon menerusi laporan itu berkata perasmian bagi pelancaran pusat-pusat itu akan disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada 10 Ogos ini bertempat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya.

Beliau memaklumkan perkara tersebut semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bagi Promosi, Media, Publisiti, Seranta, Siaraya, Percetakan dan Kewartawanan SUKMA Sarawak, di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis.

Samuel turut dipetik berkata, satu sesi taklimat khas bersama semua petugas media juga akan diadakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol pada 8 Ogos ini.

“Taklimat itu dijangka menghimpunkan lebih kurang 700 pengamal media dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung yang akan membuat liputan pada temasya sukan dwi tahunan negara itu kelak,” katanya.

SUKMA Sarawak 2024 dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 dengan 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan di sembilan bahagian di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan