Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Islam Berhad Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin

AFFIN giat perluas perkhidmatan dan rangkaian perbankan ke seluruh Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, 25 Julai: Kumpulan Affin giat memperluaskan perkhidmatan dan rangkaian perbankannya ke seluruh Sarawak menerusi pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah menambah rangkaian cawangan Bank Affin di beberapa kawasan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Bin Syed Badarudin.

“Kami (Kumpulan Affin) juga akan menyediakan Pusat Kewangan Bergerak (Mobile Financial Centre) menggunakan trak ke seluruh kawasan termasuk di pedalaman.

“Selain itu, kami mahu mengetengahkan potensi AI (Kecerdasan Buatan) dari segi membangunkan ekonomi dan bagaimana kami boleh memberikan perkhidmatan untuk Sarawak pada masa hadapan,” katanya.

Tambahnya, inisiatif seumpama ini bukan sahaja untuk PKS (perusahaan kecil dan sederhana), tetapi juga untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti di Sarawak secara keseluruhan.

Kumpulan Affin akan membuka pusat perniagaan baru bagi menambahkan lagi enam cawangannya yang ada ketika ini di Sarawak.

“Kami ingin membuka pusat perniagaan baru, pada masa ini kami mempunyai enam cawangan di seluruh Sarawak.

“Mudah-mudahan dalam tiga tahun akan datang kita mempunyai enam hingga lapan lagi menjelang 2026, 2027 sekitar 14 ke 15 rangkaian,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai AFFINMAX, Syed Mashafuddin berkata ia bagi membolehkan pelanggan mengurus aliran tunai mereka dan menyelesaikannya melalui aplikasi mudah alih interaktif serta menggalakkan pembayaran tanpa tunai.

“Ini merupakan platform pengurusan tunai yang memudahkan mereka membuat transaksi secara dalam talian. Dalam pada itu, ini adalah sasaran pembangunan kami.

“Selagi ada akses kepada teknologi, ianya akan mudah untuk melakukan transaksi,” ujarnya.

Tambahnya, Affin menyediakan perkhidmatan menyeluruh yang meliputi pelbagai segmen termasuk perbankan komuniti, peruncitan, PKS dan korporat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan