Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Kuching, Kaunselor Drahman Jaladin. Foto TVS

Perkhidmatan perbankan AFFIN enjin ekonomi baharu Sarawak, manfaat buat usahawan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 25 Julai: Perkhidmatan institusi kewangan Kumpulan AFFIN dijangka akan memacu pembangunan Perusahaan Kecil, Mikro dan Sederhana (PMKS) Bumiputera di Sarawak.

Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Kuching, Kaunselor Drahman Jaladin, berkata kerjasama baharu yang dijalin akan memberi manfaat kepada ahlinya.

Kerjasama SDEC, AFFIN percepat pembangunan sektor ekonomi digital Sarawak

“Saya yakin AFFIN mengambil kira pelaburan strategik dan mencipta produk baharu serta sistem perbankan digital.

“Saya berharap kerjasama ini memberi manfaat kepada usahawan Bumiputera, terutamanya ahli-ahli DUBS,” katanya yang ditemui TVS selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Mou
antara DUBS dan AFFIN, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Drahman berkata kerjasama itu juga akan membuka peluang usahawan DUBS untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke seluruh negara.

Jelasnya pasaran produk usahawan tempatan akan mengalami satu anjakan kerana ia dapat melangkaui pasaran luar.

“Selain bantuan kewangan, salah satu kerjasama adalah dalam bidang pemasaran produk kepada seluruh pelanggan tidak hanya di Sarawak sahaja,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan