Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan AFFIN hari ini mengumumkan pelancaran AFFIN BizChat di Kuching. Foto TVS

Kumpulan AFFIN perkukuh kerjasama dengan tiga rakan strategik baharu SDEC, DUBS, CHEMSAIN

ByDouglas Elliot

KUCHING, 25 Julai: Kumpulan AFFIN hari ini mengumumkan pelancaran AFFIN BizChat sulungnya memfokuskan pada tema “Memacu Perniagaan Mampan Melalui Kecerdasan Buatan (AI)” yang menampilkan beberapa siri perbincangan bernas, forum perniagaan dan memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga rakan strategik baharu di Sarawak.

Ketua Pengarah Urusan, Affin Islamic Bank Berhad Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin berkata AFFIN BizChat adalah bertujuan untuk menyokong perjalanan keusahawanan dengan menyediakan platform perniagaan ke arah aliran pasaran terkini.

“Dari sini meraka akan mendapat petua perniagaan yang berharga dan berhubung dengan pemain industri dan pakar.

“Senarai panel kami memberikan pandangan dan topik tentang cara AI boleh menyokong perniagaan untuk menjadi lebih mampan. Inisiatif ini berfungsi sebagai siri ceramah perniagaan interaktif yang memperkasakan PKS komuniti, menyokong ekonomi yang sihat dan membantu perniagaan merebut peluang baharu,” katanya.

Bersempena dengan AFFIN BizChat, satu majlis menandatangani perjanjian telah berlangsung, menandakan permulaan perkongsian yang bertujuan untuk memupuk transformasi digital dan pertumbuhan mampan di rantau ini.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Urusan, Affin Islamic Bank Berhad Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin, Pengarah Eksekutif Perbankan Perusahaan Kumpulan, Affin Bank Berhad, Fung Kai Jin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC), Ir.Ts. Sudarnoto Osman, Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Kuching, Kaunselor Drahman Bin Jaladin, Pengerusi Eksekutif Chemsain Sustainability Sdn Bhd, Dr John Chan Sung Tong.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Pengerusi Affin Islamic Bank Berhad, Musa Abdul Malek, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Perbankan Perusahaan Kumpulan Affin Bank Berhad, Raymond Lee Wei Hwa, Pengerusi SDEC, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Kuching, Ts Syed Hossin bin Wan Hamit dan Pengarah Chemsain Sustainability Sdn Bhd, Timothy Chan Xi Jin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan