Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah bercakap kepada TVS di pejabatnya di Dewan Negara hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

MA63: Tidak boleh ketepikan hak wilayah yang kurang dua pertiga kerusi Parlimen

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Julai: Perjanjian Malaysia (MA63) dengan lampiran Laporan Antara Kerajaan (IGC) menunjukkan Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Malaysia dengan syarat hak mereka tidak terjejas.

Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, ini termasuklah dalam soal jumlah kerusi Parlimen.

Jelas beliau, sekiranya ada bahagian lain yang boleh meminda Perlembagaan Persekutuan sehingga menyebabkan hak Sabah dan Sarawak ‘tidak terpelihara’ ia telah melanggar perjanjian berkenaan.

“Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Cobbold, amat jelas apabila Malaysia terbentuk, tiada wilayah yang ada dua pertiga (peruntukan kerusi Parlimen).

“Mengapa begitu, sebab itulah yang tersurat dan tersirat perjanjian kita,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai permintaan tambahan kerusi Parlimen oleh Kerajaan Sarawak dan Sabah sebelum ini selaras dengan peruntukan MA63.

Mengulas lanjut, Awang Bemee berkata, tiada mana – mana bahagian dalam Malaysia yang dapat mengenepikan hak bahagian lain yang kurang dua pertiga kerusi Parlimen.

Berkenaan rundingan Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan dalam soal MA63, Awang Bemee berkata masih banyak yang perlu diperhalusi walaupun terdapat kemajuan telah dicapai.

Awang Bemee berkata, beliau berasa senang hati kerana MA63 telah diiktiraf sebagai asas untuk menubuhkan Malaysia.

“Kita (Sarawak) tidak mahu yang lebih dan tidak mahu yang kurang.

“Kita hanya hendak apa yang dipersetujui semasa menubuhkan Malaysia (dan) ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tambah beliau Malaysia mengamalkan keluhuran Perlembagaan dan sebagai sebuah persekutuan, kewajipan berkenaan perlu ditunaikan.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan