Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali. Foto Media Sosial

Kanak-kanak perempuan enam tahun dilaporkan hilang ditemukan selamat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lepas ditemukan selamat di Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata kanak-kanak terbabit dijumpai di kawasan Batang Kali.

“Ketua Polis Johor akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui yang disedari hilang oleh bapanya di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri kira-kira 8.30 malam, pada Sabtu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan