Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses penubuhan National Fund-of-Funds (NFOF) dijangka selesai sepenuhnya pada Oktober depan, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Pelaksanaan NFOF dijangka selesai Oktober 2024

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Proses penubuhan National Fund-of-Funds (NFOF) dijangka selesai sepenuhnya pada Oktober depan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, NFOF akan beroperasi dengan peruntukan awal berjumlah RM1 bilion.

Jelas beliau Khazanah Nasional Bhd akan menyumbangkan majoriti jumlah pendanaan itu manakala sebahagian lagi dana sedia ada MAVCAP dan Penjana Kapital.

“Matlamat utama NFOF adalah untuk menyediakan modal kepada syarikat pemula yang inovatif dan berpotensi tinggi melalui pelaburan modal teroka dan ekuiti persendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli yang ingin mengetahui apakah status dan penjelasan berhubung NFOF yang bakal diterbitkan oleh pihak Khazanah Nasional daripada sudut kemampanan dan manfaat yang bakal diterima oleh pemain industri dalam kalangan Bumiputera dan juga bukan Bumiputera.

Amir Hamzah turut memaklumkan NFOF akan melabur kepada pengurus-pengurus dana yang melabur dalam syarikat pemula yang inovatif dan berpotensi tinggi.

“Pelabur lain seperti Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), syarikat swasta atau individu juga boleh melabur. Ini akan menarik lebih banyak pelabur ke dalam ekosistem, sekali gus membina satu kitaran pendanaan yang mampan,” katanya lagi.

Sebagai perbandingan kata Amir, Pitchbook melaporkan bahawa pada 2023, Malaysia hanya mencatatkan 130 transaksi pendanaan modal dengan nilai berjumlah US332 juta dolar.

Jumlah itu ujarnya lebih rendah berbanding 205 transaksi di Indonesia sebanyak US1.2 bilion dolar dan 846 di Singapura dengan nilai US7.9 bilion dolar.

“Pelaburan NFOF yang mengfokuskan kepada pengurus dana tempatan akan menarik pelaburan langsung domestik (DDI),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan