Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak kini menjadi antara negeri yang memainkan peranan penting dalam menyumbang pada pertumbuhan dan pembangunan negara. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak penyumbang pertumbuhan dan pembangunan negara

ByAdlina Rahman

KUCHING, 22 Julai: Sarawak kini menjadi antara negeri yang memainkan peranan penting dalam menyumbang pada pertumbuhan dan pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memberi dukungan agar dapat secara bersama memungkinkan kesejahteraan buat seluruh rakyat Sarawak.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebooknya sempena Hari Sarawak yang disambut hari ini.

“Selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak. Negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan rencam suku kaum ternyata menjadi faktor pengikat yang menjamin kesatuan, perpaduan dan kasih sayang,” katanya.

Dalam pada itu, Sambutan Perayaan Hari Sarawak yang bertemakan “Sarawak Maju Makmur” pada tahun ini diadakan di Bintulu pada malam ini yang akan disiarkan TVS secara langsung.

Sambutan di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan