Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perenang Amerika Syarikat, Caeleb Dressel rangkul emas keempat di Olimpik Tokyo

TOKYO, 1 Ogos — Perenang Amerika Syarikat (AS) Caeleb Dressel membuktikan kehebatannya di kolam renang dengan menambah satu lagi emas di Olimpik Tokyo menerusi 50 meter (m) gaya bebas lelaki pada Ahad.

Juara dunia itu menduduki tempat pertama dengan catatan masa 21.07 saat sekali gus memperoleh emas keempat buat dirinya, lapor Agensi Berita Xinhua.

Florent Manaudou dari Perancis yang berada 0.48 saat di belakang membawa pulang perak dan perenang Bruno Fratus dari Brazil mendapat gangsa. 

Dressel, 24, sebelum ini memperoleh tiga emas menerusi 100m gaya bebas, kuak kupu-kupu, dan 4x100m gaya bebas berganti-ganti.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan