Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Kompleks Metanol Sarawak di Tanjung Kidurong, Bintulu, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Kompleks Metanol Sarawak pemangkin pertumbuhan ekonomi

BySalasiah Safian

BINTULU, 22 Julai: Kompleks Metanol Sarawak yang dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merupakan pelaburan baharu utama yang berfungsi sebagai pemangkin lebih banyak pembangunan ekonomi di rantau ini.

Abang Johari berkata ia sekali gus memupuk pertumbuhan mampan dan keterangkuman sosial selain mencipta peluang pekerjaan.

Katanya projek metanol ini adalah yang pertama antara enam projek pemangkin dalam usaha wilayah ini memperkukuhkan sektor pembuatan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) wilayah ini.

“Dalam ucapan penggulungan saya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, saya bercakap mengenai enam projek pemangkin yang akan membantu Sarawak menjana tambahan RM34 bilion kepada KDNK Sarawak menjelang 2030.

“Salah satu daripada enam projek pemangkin ini ialah Projek Loji Metanol Petchem Sarawak. Projek ini akan menyumbang dengan ketara terhadap pertumbuhan ekonomi Sarawak dengan memperkukuh sektor pembuatan dan rantaian nilainya.

“Ini sejajar dengan matlamat kami untuk meningkatkan sumbangan sektor pembuatan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian di Tanjung Kidurong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, selain petrokimia dan metanol, beliau turut berharap usaha memperkukuh sektor pembuatan terus dapat direalisasikan menerusi dua projek H2ornbill dan H2biscus di Bintulu sebelum 2030.

Antara lain beliau percaya dengan penyiapan loji metanol milik penuh kerajaan Sarawak, ia berjaya mewujudkan peluang pekerjaan yang akan menarik tenaga kerja mahir.

Malah semasa fasa pembinaan, projek ini telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan saya jangkakan akan terus menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada rakyat kita.

Kesan ekonomi katanya akan dirasai merentasi pelbagai sektor, daripada perniagaan dan perusahaan tempatan kepada rantaian bekalan yang lebih besar.

Malah ia turut memupuk daya tahan ekonomi dan kemakmuran selaras dengan aspirasi Sarawak untuk mencapai Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita yang tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan