Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos, manakala Paralimpik akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September. Foto AFP

Lebih 8.8 juta tiket terjual untuk Olimpik Paris

ByBernama

MOSCOW, 21 Julai: Lebih daripada 8.8 juta tiket telah dijual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, kata Pengarah Sukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Kit McConnell, lapor Sputnik.

“Lebih daripada 8.8 juta tiket terjual, yang merupakan jumlah yang luar biasa untuk temasya ini, paling banyak pernah terjual untuk acara sukan di Perancis,” kata McConnell kepada pemberita pada Sabtu.

McConnell juga berkata kira-kira 30,000 kakitangan daripada pelbagai perkhidmatan terlibat dalam memastikan keselamatan semasa acara itu berlangsung.

Rekod sebelumnya sebanyak 8.3 juta tiket terjual dicatatkan semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos, manakala Paralimpik akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan