Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
hari bandaraya kuching

Ketahui Lebih Lagi Tentang Tempat-tempat Menarik Ini di Kuching

ByNurul Amarlina

Muzium Kucing Kuching 

Bertempat di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara, Bukit Siol, Petra Jaya. Muzium ini berdiri megah, 60 meter di atas permukaan laut yang menghadap pemandangan Bandar Kuching yang indah. Ditubuhkan pada tahun 1933, idea binaan Muzium Kucing Kuching ini diilhamkan oleh Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud dan Allahyarhamah  Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajah Laila Taib. Muzium ini dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara dan mempunyai lebih kurang 2000 koleksi bahan pameran, artifak serta tugu kucing dari serata dunia. Koleksi ini diperoleh daripada Muzium Nasional yang mempamerkannya di salah satu galeri di Kuala Lumpur. Koleksi-koleksi ini dibawa ke Kuching oleh Muzium Sarawak dan dipamerkan buat julung kalinya pada 1 Ogos 1988 di Dewan Tun Abdul Razak.

Foto melalui Laman web rasmi DBKU

Taman Negara Bako

Kaya dengan keindahan flora dan fauna, Taman Negara Bako terletak 37 km dari Bandaraya Kuching. Walaupun keluasannya kecil, taman negara ini mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesies tanaman. Taman Negara Bako merupakan taman negara tertua di Sarawak. Rumah kepada sekurang-kurangnya 275 monyet proboscis yang hanya terdapat di Borneo dan jarang ditemui.

Foto melalui Laman web rasmi DBKU

Taman Orkid

Taman Orkid DBKU ini dibina pada 1 Disember 2007 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 5 Mei 2009. Taman ini mempunyai keluasan 15.4 ekar dan terletak bersebelahan dengan Astana Negeri dan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak. Di Taman Orkid, pengunjung berpeluang untuk melihat pelbagai jenis dan warna tanaman orkid. Koleksi Orkid Borneo merupakan tarikan utama pengunjung ke Taman Orkid. Orkid Borneo terkenal dengan bunganya yang cantik dan berpotensi dijadikan tanaman hortikultur.

Foto melalui Laman web rasmi DBKU

Tebingan Sungai Kuching (Kuching Waterfront)

Tempat ini merupakan tempat berkumpul yang paling popular di Kuching dan salah satu tempat tarikan pelancong apabila melawat ke Kuching. Pemandangan sungai Sarawak dan bangunan-bangunan era-penjajahan yang tersergam indah sudah tentu akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Pada waktu malam, Tebingan Sungai Kuching akan kelihatan lebih meriah. Kedengaran lagu dan muzik oleh penyanyi Buskers dan air pancut Darul Hana yang berwarna-warni turut ‘menghidupkan’ lagi suasana. 

Foto melalui Laman web rasmi DBKU

Annah Rais Hot Spring

Bertempat di Padawan, Kuching, Annah Rais Hot Spring merupakan hot spring semula jadi di Kuching. Di situ terdapat hot spring kolam besar dan kecil yang dibina oleh komuniti tempatan untuk pengunjung datang dan relaks. Antara kelebihan yang boleh didapati bila mandi air panas semula jadi adalah melegakan tubuh badan, mengurangkan stres dan menyingkirkan toksin dalam badan. Pengunjung juga dapat merendamkan kaki dalam air panas kaya dalam mineral dan sejukkan diri dengan merendamkan diri dalam air sungai. Salah satu keseronokan yang dapat dirasai juga ialah berkelah sebelah sungai. Namun, anda harus membawa bekalan sendiri sebab tiada tempat makan berdekatan. Jika anda ingin berkunjung ke Annah Rais Hot Spring, servis bermula pada 8 pagi hingga 5 petang.

Foto melalui Laman Facebook Annah Rais Hot Spring

Tempat-tempat di Kuching sememangnya menarik! Kuching, bandarayaku tercinta. Jangan lupa saksikan siaran langsung Majlis Memperingati Hari Bandaraya Kuching Ke-33 yang bertemakan “Transformasi Digital Ke Arah Membentuk Bandaraya Kuching Pintar, pada 1 Ogos 2021, Ahad ini, jam 9.00 pagi di TVS Saluran 122 Astro.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan