Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak polis kini giat mengesan suspek yang melakukan perbuatan khianat terhadap kenderaan awam yang videonya tular di media sosial Facebook. Tangkap layar video tular

Polis buru suspek lelaki lakukan khianat kenderaan awam

KOTA SAMARAHAN, 20 Julai: Pihak polis kini giat mengesan suspek yang melakukan perbuatan khianat terhadap kenderaan awam yang videonya tular di media sosial Facebook.

Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, pihaknya telah terkesan satu posting yang dimuat naik di Facebook ‘Sarawak Roads Update’ yang berdurasi 15 saat memaparkan satu kejadian di mana seorang suspek lelaki telah memukul kenderaan dengan menggunakan kayu semasa melalui jalan raya bertempat di jalan hadapan Bucida Resident, Kota Samarahan.

“Polis menerima satu laporan jam 3.49 petang semalam daripada pengadu seorang wanita tempatan telah menjadi mangsa kejadian semasa memandu kereta honda HRV miliknya ketika melalui jalan raya tersebut.

“Kenderaan mangsa dengan secara tiba-tiba telah dipukul oleh suspek yang disyaki kurang siuman dengan menggunakan kayu menyebabkan berlakunya kerosakan lampu belakang di bahagian kiri telah pecah, akibat kejadian pengadu mengalami kerugian dianggarkan RM1,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat merosakkan harta benda yang mana jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau turut menasihati orang ramai yang telah menjadi mangsa atau saksi yang melihat kejadian agar tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk memberi kerjasama membantu siasatan polis atau hubungi pengawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohammad Adri di talian 014-8651605.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan