Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

400 Peserta Perhimpunan “Keluar dan #Lawan” Gagal Masuk Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Hasrat peserta perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ untuk memasuki Dataran Merdeka bagi menyatakan protes terhadap kerajaan gagal apabila kawasan berkenaan dikawal ketat oleh pihak polis.

Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi,

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, berdasarkan pemantauan , polis menganggarkan sekitar 400 peserta menyertai perhimpunan yang bermula pada pukul 11 pagi tadi.

“ Polis telah memberi masa untuk mereka bersurai. Secara keseluruhan, situasi adalah terkawal namun tindakan susulan akan diambil terhadap penganjur dan peserta kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan sosial ketika ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Peserta yang majoriti berpakaian hitam mula berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek dan bergerak ke Jalan Tun Perak untuk memasuki Dataran Merdeka.

Mereka membawa pelbagai plakad dan kain rentang untuk meluahkan bantahan terhadap kerajaan termasuk ada yang mengusung replika mayat dipercayai sebagai simbolik terhadap kes kematian yang tinggi membabitkan pesakit COVID-19 di negara ini.

Sementara itu, Mohamad Zainal berkata, walaupun majoriti peserta memakai pelitup muka namun mereka gagal mengamalkan penjarakan sosial apabila mula bergerak dalam kumpulan yang ramai.

“ Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun polis ada kaedah untuk kenal pasti individu yang menghadiri perhimpunan hari ini, “katanya.

Ujarnya, tindakan akan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Beliau turut memberi amaran supaya orang ramai tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan dalam tempoh terdekat – Firdaus Ismail TVS Kuala Lumpur.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan