Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia meneruskan operasinya walaupun sistem berkaitan terjejas akibat masalah gangguan teknologi maklumat (IT) global. Foto Airasia

Tiada penerbangan AirAsia dibatalkan walaupun sistem terjejas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia meneruskan operasinya walaupun sistem berkaitan terjejas akibat masalah gangguan teknologi maklumat (IT) global.

Sehubungan itu, dalam kenyataanya, syarikat berkenaan menasihatkan semua pelanggannya yang terbabit untuk bersedia mengalami isu kelewatan penerbangan berikutan keperluan menggunakan kaedah proses secara manual.

“Tiada sebarang pesawat dibatalkan setakat 7.30 malam ini (Jumaat),” katanya.

AirAsia berkata syarikat itu juga sedang bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha menguruskan keadaan selain memastikan keselamatan dan keselamatan pelanggannya terjamin.

Semua pelanggan juga dinasihatkan untuk memantau status penerbangan mereka dengan menyemak emel dan telefon bimbit masing-masing bagi sebarang kemas kini atau melayari laman sesawang http://airasia.com/flightstatus.

“Oleh kerana ciri daftar masuk kendiri tidak dapat diakses pada masa ini, pelanggan yang melakukan perjalanan hari ini amat digalakkan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang bagi tujuan daftar masuk manual dan menyelesaikan semua ketetapan perjalanan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan