Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Sarawak ditangguh sehingga tarikh yang sesuai

BySalasiah Safian

KUCHING: Proklamasi Darurat di Negeri Sarawak yang berkuatkuasa mulai 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak, pihaknya sentiasa memberikan keutamaan kepada dua perkara, iaitu menjaga keselamatan serta kebajikan rakyat Negeri Sarawak dan menegakkan amalan demokrasi berparlimen di Sarawak.

Sehubungan itu, Pilihan Raya Negeri (PRN) juga boleh ditangguhkan sehingga satu tarikh yang bersesuaian.

“Dengan Proklamasi Darurat di Negeri Sarawak ini, maka Pilihan Raya Negeri yang perlu diadakan dalam masa tertentu bolehlah ditangguhkan sehingga satu tarikh apabila keadaan COVID-19 sudah mencapai tahap yang selamat, dengan nasihat pihak kesihatan dan agensi berkaitan serta berdasarkan data saintifik, untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri, dan tidak lagi mendatangkan kemudaratan kepada rakyat Sarawak.

“Kami menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan baginda di dalam memastikan Pilihan Raya Negeri boleh diadakan hanya apabila keadaan pandemik di negeri ini sudah dapat dikawal dan tidak menjejaskan keselamatan rakyat di negeri ini,” kenyataan itu menyebut pada Sabtu.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan amalan demokrasi berparlimen dipelihara, mandat daripada rakyat Sarawak perlu didapatkan semula sebaik sahaja keadaan pandemik mengizinkan.

Berdasarkan kepada Ordinan berkenaan, darurat akan ditamatkan pada 2 Februari 2022 atau boleh ditamatkan lebih awal oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah menimbang pandangan Kerajaan Negeri Sarawak.

Mandat daripada rakyat dijamin akan diperoleh dengan segera sebaik sahaja keadaan pandemik dapat dikawal dan mengizinkan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan