Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 708 orang, kebanyakannya orang awam, terbunuh semasa demonstrasi menentang pemerintahan bekas perdana menteri Sheikh Hasina, kata kerajaan peralihan Bangladesh pada Selasa. Foto, AFP.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Julai: Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau keadaan di Bangladesh berikutan tunjuk perasaan pelajar-pelajar di sana.

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Suruhanjaya Tinggi di sana sedang giat menyelaraskan dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua warga Malaysia di negara itu, walaupun menghadapi gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang meluas.

“Susulan permulaan protes, pelajar-pelajar Malaysia di Dhaka diarahkan supaya berkumpul di Suruhanjaya Tinggi bagi tujuan keselamatan mereka dan untuk arahan selanjutnya. Pelajar-pelajar ini adalah dari institusi pendidikan tempatan di Dhaka yang terjejas oleh protes berkenaan, kata kementerian itu.

Menurut kementerian, pegawai Suruhanjaya Tinggi telah berinteraksi awal dengan pelajar-pelajar ini untuk menilai keperluan mereka dan memberikan bantuan segera.

Buat masa ini, Suruhanjaya Tinggi sedang mengkaji penyelesaian sesuai termasuk membantu mengaturkan perjalanan pulang pelajar-pelajar yang ingin kembali ke Malaysia dan mendapatkan tempat perlindungan sementara untuk mereka.

Kementerian Luar menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh untuk mengelak dari berada di dalam kawasan protes, kekal berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan dan arahan pihak berkuasa tempatan.

Ia juga komited untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terjamin dan sebarang perkembangan terkini berkenaan situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka di alamat Rumah No 19, Jalan No 6, Enklaf Diplomatik Baridhara, Dhaka – 1212, Bangladesh.

Suruhanjaya Tinggi itu boleh juga dihubungi menerusi talian +880241081892 / 1895 atau +88 018 4179 8077 (kecemasan sahaja) dan e-mel di mwdhaka@kln.gov.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan