Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil memegang sebuah objek menyerupai pistol di sekitar Bukit Besar di sini, hari ini. Foto hiasan Envato

Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 18 Julai: Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil memegang sebuah objek menyerupai pistol di sekitar Bukit Besar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang videonya tular di media sosial ditahan di Kampung Ladang Sehat pada 1.30 tengah hari tadi.

“Polis turut merampas sepucuk pistol disyaki tiruan berwarna hitam bercetak De In Israel, sebuah motosikal jenis Honda C70 dan pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian.

“Hasil soal siasat, lelaki yang berasal dari Ranau, Sabah itu mengaku terlibat dalam kes yang sedang disiasat. Suspek memaklumkan pistol tersebut diambil di dalam tong sampah berhampiran bulatan Ladang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembantu kedai makan itu juga positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.

Menerusi sebuah video berdurasi 22 saat, seorang lelaki dilihat menunggang motosikal secara merbahaya di persimpangan lampu isyarat sambil mengacu sebuah objek berupa pistol terhadap pemandu di sekitarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan