Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan syarikat China berminat untuk melabur dalam industri halal di Malaysia. Foto Zahid Hamidi (FB)

Dewan Rakyat: Syarikat China berminat melabur RM5 bilion dalam industri halal Malaysia

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Pelabur China menyatakan minat untuk membuat pelaburan mencecah RM5 bilion di taman industri halal di Malaysia, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mengadakan rundingan selanjutnya dengan pelabur berkenaan bagi merealisasikan hasrat itu.

“Rundingan dengan mereka (antara lain) akan meletakkan pelaburan mereka di negeri – negeri supaya (setiap negeri) akan dapat pengagihannya,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Barisan Nasional – Paya Besar) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk memanfaatkan taman – taman industri halal di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid perkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) juga akan memberi sokongan kepada usaha menarik pelaburan asing menyertai sektor industri halal Malaysia.

Sementara itu Ahmad Zahid memaklumkan, taman industri halal terbesar di Malaysia kini berada di Pulau Pinang yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

“Selain itu Sarawak juga mempunyai taman industri halal yang proaktif mempromosikan produk halal serta Johor yang juga terkedepan membangunkan industri halal,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, agensi dan badan berkaitan industri halal negara diminta untuk memperluas rangkaian sektor itu termasuk meneroka dan mengusahakan vaksin halal tersendiri.

Ini kerana kata beliau industri halal negara ketika ini sebahagian besar dipelopori oleh sektor makanan dan minuman.

“(Sehubungan itu saya) menyeru pemain industri tempatan mempergiat penghasilan bahan-bahan ramuan bagi produk halal yang kian mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa.

“Serai umpamanya, lengkuas atau bahan herba sangat diperlukan di peringkat antarbangsa untuk pengeluaran kosmetik dan lain lain. DA

“Namun, kita lihat usaha yang dilakukan adalah secara kecil-kecilan Sahaja,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Adnan Abu Hassan (Barisan Nasional – Kuala Pilah) yang ingin tahu tindakan kerajaan memperkasakan industri halal membabitkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), syarikat Bumiputera, syarikat luar bandar mahupun usahawan muda sejajar sasaran Malaysia menjadi peneraju pasaran halal antarabangsa dengan nilai eksport halal sebanyak RM63.1 bilion menjelang 2025. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan