KUCHING, 17 Julai: Pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) Ke-101, Jonathan Lobo akan menyumbang RM100,000 daripada RM1 juta yang dimenanginya kepada Gereja Sidang Injil Borneo Daerah Ulu Trusan.
Pengerusi gereja berkenaan berkata sumbangan adalah untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan gereja berkenaan.
Cabutan Wilayah Jun 2024 pula dimenangi Peter Ngumbang Guyu dari Betong.
Beliau memenangi sebuah Perodua Myvi 1.5 hasil daripada simpanannya selepas bersara sebagai anggota bomba.
Mereka berdua ditemui pada sesi temu bual bersama Jutawan BSN SSP Ke-101 di sini, hari ini.