Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Apreasiasi Penajaan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA ke -21 Sarawak hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA Sarawak terima tajaan RM13 juta daripada 27 penaja

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Julai: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA ke-21 Sarawak menerima penajaan keseluruhan berjumlah RM13,040,360.00.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 27 penaja daripada pelbagai badan korporat dan syarikat telah menyumbang dalam menjayakan penganjuran sukan beprestij negara pada edisi kali ini.

“Kami menghargai sumbangan dan sokongan daripada penaja Platinum, Gold, Silver dan Bronze pada edisi SUKMA  kali ini yang terdiri daripada pihak badan korporat ternama, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Selain itu kami juga mempunyai enam rakan kongsi rasmi iaitu Malaysia Airlines (Rakan Kongsi Syarikat Penerbangan), Grab (Rakan Kongsi E-Hailing), Keris Sakti (Rakan Pengeluar Barangan Rasmi), Bas Rapid (Rakan Pengangkutan), TVS dan RTM (Penyiar Rasmi),” katanya ketika berucap pada Majlis Apreasiasi Penajaan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA ke -21 Sarawak di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, kerjasama itu bukan sahaja mampu melancarkan penganjuran sukan negara, tetapi bersama menyumbang serta meningkatkan mutu sukan negara untuk melahirkan jaguh atlet negara yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kami yakin dengan sokongan berterusan daripada penaja seperti ini, kami dapat meningkatkan lagi taraf sukan negara dan memperkasakan lebih ramai atlet muda untuk cemerlang dalam bidang sukan yang diceburi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan