Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah keseluruhan beban ekonomi bagi empat penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu penyakit kardiovaskular, penyakit metabolik terutamanya diabetes, penyakit kanser dan penyakit respiratori kronik dianggarkan sebanyak RM64.2 bilion.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: KKM pertimbang tubuhkan Dana Kesihatan Negara

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan penubuhan Dana Kesihatan Negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dana berkenaan kelak akan diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan.

Sumber berkenaan jelas beliau termasuklah hasil cukai, bukan cukai dan juga dana yang dikhaskan daripada kegiatan-kegiatan penguatkuasaan kementerian seperti cukai minuman bergula (SSB).

“Ini akan memberi kefahaman kepada pemegang taruh tentang kepentingan pembiayaan kesihatan yang akan bersedia terlibat dalam momentum perubahan pembiayaan kesihatan.

“KKM sedang meneliti dan memperincikan hala tuju reformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan ini yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Hala tuju ini akan mengambil kira cabaran dan realiti yang dihadapi serta memanfaatkan amalan dan pengalaman terbaik kesihatan global,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Dzulkefly menjawab soalan Suhaizan Kaiat (Pakatan Harapan – Pulai) yang ingin tahu rancangan KKM untuk mewujudkan National Health Financing bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat dan apakah cabaran yang dihadapi.

Sementara itu tambah beliau, melalui Belanjawan 2024, KKM menerima peruntukan sebanyak RM41.2 billion atau sekitar 10.5 peratus keseluruhan belanjawan.

“Sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi, jumlah ini masih boleh dipertingkatkan namun saya memahami kedudukan fiskal defisit.

“Justeru sebagai Menteri Kesihatan (saya) mengingatkan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan sekiranya sumber tambahan tidak dapat diberikan, maka saya mohon membenarkan KKM untuk mendapatkan lebih sumber melalui pendekatan inovatif dan kreatif bagi pembiayaan kesihatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan